Super Acai Berry Nutrition Taja Mayhem Motorsport

#berdesuppp itulah tagline yang digunakan oleh pihak SG Nutrition Marketing untuk produk terbaru mereka iaitu Super Acai Berry Nutrition.  Super Acai Berry Nutrition mempunyai tiga kebaikan dalam satu botol nyahtoksin, pelangsingan, dan sumber tenaga. Dengan kandungan utamanya,ekstrak buah Acai Berry atau nama saintifiknya Euterpe Oleracea, yang terkenal dengan khasiat dalam membantu proses pelangsingan badan dan ditambah dengan formula yang terbukti secara saintifik untuk menyahtoksin dan pemberi sumber tenaga seperti green coffe dan ekstrak buah-buahan terpilih. Majlis pelancaran produk ini diadakan di Bukit Jalil Golf Club & Resort pada 28 Mac 2017 tempohari.



Pelancaran produk kali ini juga ingin memperkenalkan pembungkusan yang baharu yang lebih menarik dengan formula yang telah ditambahbaik.  Kekuatan sebenar produk RACEBERRY ini adalah daripada 3 kebaikan utama iaitu untuk pelangsingan, nyahtoksin dan juga pemberi sumber tenaga. Kebanyakkan para pelanggan kami tertarik dengan Race Berry kerana ia berkesan di dalam memberi sumber tenaga tambahan disamping membantu dalam memberi berat badan yang ideal dan juga membuang toksin di dalam badan jelas En Faiz Saharuddin, selaku Ketua Pengarah Eksekutif SG Nutrition Marketing. Kesan ini dapat dilihat seawal 5 hari penggunaan. Produk ini juga mendapat kelulusan KKM dan dibuat di kilang yang mendapat status Good Manufacturing Practise(GMP).

Untuk makluman juga, Keifli Othman seorang pelumba kereta profesional yang tidak asing lagi di Malaysia telah dilantik sebagai duta produk ini. Sesuai dengan gaya hidup seorang pemandu professional, dimana setiap perlumbaan memerlukan tenaga yang banyak, Race Berry telah membantu beliau untuk sentiasa fokus dan bertenaga di dalam pemanduan di setiap pertandingan yang beliau ceburi.



Di dalam majlis pelancaran ini,  Super Acai Berry Nutritions telah menandatangani satu memorandum persefahaman dengan pasukan Mayhem Motorsport. Di dalam MOU tersebut, Super Acai Berry akan menaja pasukan Mayhem Motorsport di dalam perlumbaan MSF Racing Series 2017 yang akan berlangsung di Sepang. Kereta lumba tajaan Super Acai Berry yang akan bersaing pada MSF Racing Series 2017 ini akan dikenali sebagai Raceberry Mayhem Motorsports.




Yang menariknya, kereta Raceberry Mayhem Motorsports ini akan dipandu oleh Zizan Razak iaitu seorang selebriti terkenal di Malaysia. Umum mengenali Zizan Razak hanya sebagai selebriti tetapi hakikatnya beliau berbakat dan berkemahiran di dalam mengendalikan jentera lumba. En Faiz berharap daripada penajaan ini, Zizan Razak selaku pemandu selebriti jemputan pasukan Raceberry Mayhem Motorsports dapat memberikan saingan yang sengit dan mampu memenangi sekurang-kurangnya tempat ketiga teratas dalam salah satu perlumbaan yang akan diadakan sepanjang tahun ini.

Para peminat lumba kereta dan mereka yang menghadiri acara perlumbaan MSF 2017 juga dapat berkongsi pengalaman, cerita atau gambar-gambar berkaitan kereta Raceberry Mayhem Motorsports dan pemandunya, Zizan Razak di dalam ‘page’ khas di Facebook dan Instagram menggunakan nama “Raceberrymayhem”. Para peminat lumba kereta dan Zizan Razak khasnya diminta untuk ‘Like’ page Facebook tersebut dan “Follow” di Instagram Raceberrymayhem untuk mengetahui perkembangan terbaru dan persiapan pasukan Raceberry Mayhem Motosports di dalam saingan MSF 2017 kali ini.

Contest Raceberry

Gambar-gambar yang menarik , caption serta komen terbaik akan menerima hadiah ekslusif dari Raceberry Mayhem Motosports. Menggunakan tagline #berdesuppp disepanjang perlumbaan MSF 2017 kali ini, pengunjung yang berjaya menangkap gambar kereta Raceberry Mayhem Motorsports terbaik atau aksi yang menarik bersama kereta yang dipandu Zizan Razak ini akan menerima hadiah esklusif dari pihak SG Nutrion Marketing.

Bagaimana nak sertai pertandingan ini, caranya mudah, setiap gambar yang diambil perlu di muat naik di dalam media sosial facebook, twitter atau instagram dengan menggunakan #berdesuppp​. Secara simboliknya #berdesuppp menunjukkan kelajuan kereta Raceberry Mayhem Motorsports dan keberkesanan produk Raceberry iaitu pantas di dalam menyahtoksin, memberi tenaga dan mengurangkan berat badan. Sebagai tanda terima kasih, pihak Super Acai Berry Nutritions juga akan membayar semula harga tiket pengunjung yang menyaksikan MSF 2017 apabila mereka membawa 3 kotak kosong Raceberry kepada pegawai Raceberry Mayhem Motorsports pada hari perlumbaan di pit khas Raceberry Mayhem Motorsports.

Pulangan wang tiket ini tertakluk kepada satu tiket bagi setiap 3 kotak kosong produk Raceberry. Produk Raceberry juga ada dijual di pit khas Raceberry Mayhem Motorsports sepanjang MSF 2017 berlangsung.

Berikut merupakan harga Race Berry (250 ml) di pasaran: 

Semenanjung : RM 120​ (Ringgit Malaysia seratus dua puluh sahaja) 
Sabah/Sarawak: RM 130​ (Ringgit Malaysia seratus tiga puluh sahaja)

Harga Promosi Sehingga Jun 2017

Sempena dengan pelancaran produk ini, Race Berry akan dijual dengan harga promosi, iaitu RM 89 (Ringgit Malaysia lapan puluh sembilan sahaja) untuk semenanjung Malaysia dan RM95 (Ringgit Malaysia Sembilan puluh Lima sahaja) untuk Sabah dan Sarawak sepanjang Mac 2017 hingga Jun 2017.

Pembelian boleh dibuat melalui atas talian di laman sesawang www.superacaiberry.com, agen-agen dan stokis-stokis berdaftar yang telah dilantik atau menghubungi terus ibu pejabat SG Nutrion Marketing di talian 03-87411741. Pembelian secara tunai juga boleh dibuat di pejabat SG Nutrion yang beralamat di No 53, Jalan Prima Saujana 1/1A, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang Selangor Bagi yang berminat untuk menjadi agen atau stokis produk Raceberry ini juga adalah dialu-alukan tetapi bilangannya adalah terhad dan secara siapa cepat dia dapat. Mereka ini boleh lah menghubungi Puan NURUL di talian +016 388 9211 untuk keterangan lanjut serta syarat-syarat yang perlu dipenuhi.

Keterangan lanjut mengenai produk Raceberry dan promosi-promosi terkini boleh didapati di laman sesawang www.superacaiberry.com , Instagram #raceberry dan facebook raceberry.



No comments:

Powered by Blogger.