Cara Nak Jumper Bateri Kereta

Masalah kereta tak boleh nak hidup di awal pagi memang menyusahkan lebih lebih lagi waktu nak pergi kerja. Admin pernah rasa bagaimana kereta tak boleh hidup waktu kita nak cepat.

Sudah tentu sebab utama kereta tak boleh hidup adalah berpunca daripada bateri kereta yang sudah kong !

Panik memang tentulah sebab takkan nak pergi beli bateri baru waktu itu dengan tiada kenderaan nak guna. Jadi salah 1 cara sementara untuk selesaikan masalah kereta tak boleh hidup ini ialah dengan 'jumper'.

Admin akan terangkan cara cara untuk jumper kereta dari kereta anda ke kereta orang lain.

1) Ambil jumper.

2) Sambungkan wayar berwarna merah di tanda (+) bermula dari kereta yang bateri kong tadi kepada bateri yang baik.

3) Sambungkan wayar (hitam) di tanda negatif bateri yang berkedaan baik dan hujung satu lagi ke mana-mana bahagian besi kereta bateri yang dah kong.

4) Start engine kereta bateri yang masih baik dan biarkan tercas untuk beberapa minit. Sekali sekala tekan minyak untuk menjana kuasa ke bateri yang kong tadi.

5) Cuba start engine kereta bateri yang lemah/kong. Kalau berjaya biar engine running beberapa minit. Lagi lama lagi bagus untuk bagi masa bateri mengecas. Kalau gagal hidup juga, sila beli bateri baru.

6) Setelah selasai, cara nak cabut penyambungan wayar jumper pula adalah dengan reverse balik langkah penyambungan. Bermula dengan wayar negatif mana-mana bahagian kereta (bateri lemah), wayar negatif bateri yang masih berkeadaan baik, wayar positif bateri yang masih berkeadaan baik dan seterusnya wayar positif bateri yang sudah kong.

7) Jika engine dah boleh hidup, buat sedikit pemeriksaan. Sila cabut terminal positif dan negatif bateri yang kong tadi. Biar seketika. Engine tak akan mati sebab alternator dah ambil alih tugas bateri. Kalau mati maknanya alternator anda pun dah rosak. Almaklum, sila tukar alternator yang baru. 

6) Kalau alternator berfungsi dengan baik, sambungkan balik terminal positif dan negatif bateri. Selepas itu bolehlah teruskan perjalanan seperti biasa.


No comments:

Powered by Blogger.