Honda Lancar Civic Generasi Ke - 10

Honda Malaysia hari ini dilihat memberi keterujaan dalam industri automotif, terutamanya dalam segmen C menerusi pelancaran rasmi model baru Civic Generasi ke-10 yang amat dinantikan oleh penggemar model Civic.

Dalam membangunkan Civic serba baharu yang menjadi salah satu pembangunan model baharu paling komprehensif yang pernah dilakukan oleh Honda, pasukan juruteranya telah meletakkan penanda aras bahawa Civic bukan sahaja akan bersaing dengan kenderaan-kenderaan dalam segmen C. Malah akan bersaing dengan kenderaan kompak premium buatan Eropah. Hasil usaha keras tersebut, Honda kini mampu menawarkan Civic yang akan menjadi pengubah dalam segmen C dari segi reka bentuk, prestasi dinamik, penjimatan bahan api, keluasan, kualiti ruang dalaman dan ciri-ciri keselamatan, semua ini hanya dalam satu pakej harga yang sangat menarik.

Honda Civic baru didatangkan dengan 1.8S, 1.5 TC dan 1.5 TC-P

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia yang baru, Encik Katsuto Hayashi berkata, “Civic serba baharu akan menjadi satu model penting buat Honda Malaysia untuk terus menawarkan ‘Keseronokan’ kepada para pelanggan kami. Menjadi jenama kenderaan Bukan Nasional No. 1 di Malaysia pada tahun 2015, harapan daripada para pelanggan kami juga kian meningkat. Jualan kami pada tahun ini (sehingga Mei 2016), telah meletakkan Honda pada kedudukan No. 2 untuk jenama kenderaan secara keseluruhan (Nasional dan Bukan Nasional) dengan perkongsian pasaran sebanyak 14% dan jualan sebanyak 30,401 unit.”

Dengan Civic serba baharu ini, Honda Malaysia percaya ia mempunyai peluang untuk memulihkan kembali segmen C yang semakin suram. Civic telah terjual lebih 80,000 unit di Malaysia sejak diperkenalkan pada tahun 2001. “Kami yakin bahawa Civic serba baharu bukan sahaja berpegang kepada namanya. Malah ia menjadi pengubah dalam segmen C menerusi rekaan bergaya, rangkaian kuasa baharu dan ciri-ciri termaju yang mendahului kelasnya. Revolusi Civic serba baharu telah meningkatkan nilai model-model sebelumnya. Ia juga menawarkan aspek kehalusan buatan dan daya saing ke satu tahap yang baru ke dalam segmennya,” kata  Encik Hayashi.

Ulasan penulis tentang Civic terbaru :

ENJIN 1.5L VTEC TURBOCHARGED

Civic terbaru ini didatangkan khas dengan Enjin 1.5L VTEC Turbocharged baharu yang dibangunkan di bawah “Earth Dreams Technology”. Honda menawarkan “ Keseronokan Untuk Memandu ” (Joy to Drive) dengan prestasi dinamik dan penjimatan bahan api ( ECO MODE ) yang cemerlang. Honda Malaysia merupakan pengeluar kenderaan Jepun untuk pasaran massa yang pertama memperkenalkan enjin turbo ke dalam segmen C.





Selain dari enjin 1.5L VTEC Turbocharged, Honda juga memperkenalkan enjin 1.8L i-VTEC. Kedua-dua enjin itu dipadankan dengan kotak gear “Continuously Variable Transmission” (CVT) untuk pengalaman pemanduan yang lancar dan menjimatkan bahan api. Kedua-dua varian Civic serba baharu ini diiktiraf sebagai “Kenderaan Cekap Tenaga” (EEV).

Sewaktu penulis memandu uji Civic baru ini, jentera ini sangat stabil apabila kelajuan mencecah hampir 180km/h dan apabila berada di dalam jentera ini tidak terasa akan kelajuan yang dicapai. Malah jentera ini bergerak dengan lancar dan penulis tidak perlu menekan pedal minyak dengan kuat untuk mendapatkan momentum kelajuan permulaankerana ianya sangat stabil apabila meluncur di jalanraya.

REKABENTUK LUARAN

Untuk mencapai “Keselesaan Tertinggi” (Superior Comfort), cabaran yang terpaksa dilalui oleh pasukan jurutera Honda adalah untuk menggabungkan reka bentuk luaran yang kemas dan aerodinamik dengan rekaan dalaman yang memberi tahap keselesaan serta keluasan kenderaan segmen D. Menerusi kepakaran Honda dalam aspek pakej kenderaan, Civic serba baharu mampu menawarkan pakej yang terbaik dalam kelasnya melalui tapak roda yang lebih panjang dan badan lebih lebar.












Dengan kecerahan cahaya dari Headlights, Taillights, Daytime Running Lights, dan Front Fog Light yang menggunakan lampu jenis LED, Civic baru ini tampak lebih kemas dan bergaya. Daya ketahanan LED ini boleh bertahan sehingga 8 tahun dan lampu jenis LED yang digunapakai oleh Civic ini tidak membahayakan atau tidak akan memberikan silauan kepada pemandu lain di jalanraya. Ianya sangat berbeza dengan Civic keluaran 2011 yang menggunakan mentol bulb biasa dimana pancaran cahayanya tidak begitu cerah seperti Civic baru ini.


Civic baru ini telah dilengkapi dengan beberapa aksesori tambahan untuk menyerlahkan lagi rekabentuknya. Rekabentuk Civic yang baru ini lebih aerodinamik dan lebih sporty jika nak dibandingkan dengan model Civic yang lama.


REKABENTUK DALAMAN

Rekabentuk dalaman bagi Civic terbaru ini Nampak lebih berbeza jika dibandingkan dengan Civic sebelum ini dan penulis telah membuat perbandingan antara Honda Civic ini dengan kereta jenama T dan jenama M.

Kemasan pelapik lembut berkualiti tinggi dipasang untuk menyerlahkan personaliti Civic serba baharu yang ranggi dan memiliki karekter premium. Untuk mencapai kesenyapan kabin dan  meningkatkan lagi kualiti pemanduan, pakej ruang dalaman Civic serba baharu dilengkapi sistem kalis bunyi yang ringan. Ia merangkumi pelapik pada bahagian bawah kenderaan dan sistem pengasingan bunyi bising pada pintunya. Tidak hairanlah sewaktu penulis memandu uji Civic ini di atas jalanraya tidak kedengaran bunyi yang bising kerana telah dilengkapi dengan sistem kalis bunyi. Secara keseluruhannya, Honda berjaya mengurangkan tahap bunyi bising, getaran dan kekasaran (NVH) untuk mencapai ketenangan yang mampu meletakkan Civic satu kelas di atas berbanding para pesaingnya.


Kebiasaan untuk pemandu melaraskan tempat duduk jika kereta biasa menggunakan tombol pelaras secara manual, tetapi Civic baru ini boleh dilaraskan dengan tombol automatik seperti video dibawah :



Dapat dilihat kawalan panel meter Civic baru ini lebih menarik dan lebih terperinci dengan segala paparan maklumat kereta boleh dilihat terus di meter link. Civic kali ini juga lebih menonjolkan ciri ciri butang untuk segala sistem yang ada padanya. Contoh seperti Call Button dimana anda boleh hubungi rakan anda tanpa memegang smartphone, Auto Brake Hold ( Sistem Brek Tangan ) pula ialah berfungsi sebagai brek tangan, Electric Parking Brake ( EPB ) digunakan apabila kereta berhenti dalam jangkasamasa lama seperti parking, Walk Away Autolock dan Electrostatic Switch. Paling menarik sekali ialah Civic baru ini mempunyai fungsi Paddle Shift Gear yang terletak di stering kereta seperti sistem yang terdapat pada jentera Formula One.









Jangan hairan jika di ruangan panel Civic ini tidak terdapat brek tangan ( Hand Break ) kerana Honda telah mengubahsuai brek tangan biasa kepada butang Brake Hold yang terletak di sebelah panel transmisi gear. Jadi tidak perlu lagi untuk menarik brek tangan lagi kerana ianya telah dipermudahkan oleh Honda hanya dengan satu butang.



Civic serba baharu menawarkan “ Teknologi Maju Terhubung ” (Advance Interface) menerusi Paparan Audio Terkini bersaiz 7” yang pasti menarik perhatian generasi muda. Susunan menu pada paparan HOME dan butang pada panel audio mudah difahami dengan rekabentuk baru ini. Antara perkara yang dipaparkan pada panel meter dan panel audio Civic baru ini ialah :


  •         Climate Control
  •          Smartphone Connectivity
  •          Call Function
  •          Music Display
  •          Dual Zone Air Conditioning System




KELEBIHAN TEKNOLOGI CIVIC BARU

Civic telah direka semula sepenuhnya untuk menjadi Civic yang paling mudah dan terhubung dengan teknologi canggih. Antara ciri yang pertama kali ditawarkan pada Civic ialah:

  • ·         Remote Engine Start
  • ·         Walk Away Auto Lock
  • ·         Electric Parking Brake
  • ·         Auto Brake Hold
  • ·         Electrostatic Switch



CIRI CIRI KESELAMATAN

Aspek keselamatan yang tidak dapat dilihat tetapi amat penting juga tidak dilupakan oleh Honda. Semua varian Civic serba baharu dilengkapi ciri-ciri keselamatan terbaik dalam kelasnya seperti:

  •    6 Beg Udara (Dua Beg Udara Hadapan, Beg Udara jenis “Curtain” )
  •          Vehicle Stability Assist (VSA)
  •          Anti-Lock Braking System (ABS)
  •          Electronic Brake Distribution (EBD)
  •          Brake Assist (BA)
  •          Hill Start Assist (HSA)
  •          Emergency Stop Signal (ESS)
  •          ISOFIX


VSA bermaksud sistem Vehicle Stability Assist, yang merupakan sistem standard pada kebanyakan model Honda yang lebih baru. Honda Vehicle Stability Assist System dengan Traction Control membantu pemanduan waktu dalam pemanduan oversteering dan understeering untuk meningkatkan keupayaan membelok supaya kereta tidak terbuang.





Sewaktu penulis memandu uji Civic terbaru ini, berpeluang untuk merasai kecanggihan sistem teknologi VSA Honda ini dengan bantuan pemandu terlatih dari pihak Honda. Saksikan video dibawah bagaimana VSA Honda ini berfungsi.


2 KELEBIHAN TAMBAHAN CIVIC BARU

Apple Car Play

Honda telah mencipta satu sistem yang memudahkan lagi pemandu untuk berhubung dengan smartphone mereka. Honda telah menyuntik satu applikasi yang dinamakan Apple Car Play ke dalam jentera Civic ini. Ia merupakan aplikasi yang pertama dicipta dan digunakan di dalam industri automobile.



Pemandu boleh menghubungkan smartphone Apple mereka terus ke kereta dengan bantuan aplikasi ini. Segala paparan di smartphone mereka akan terus dipaparkan ke panel meter dan boleh dikawal melalui butang pada steering dan tidak perlu memegang smartphone anda sepanjang masa. Bagaimana Apple Car Play ini berfungi ? Lihat video demo di bawah yang dirakam oleh penulis.


Sistem Penetapan Kelajuan Cruise

Civic baru ini juga mempunyai sistem pemanduan Cruise dimana pemandu boleh menetapkan had kelajuan jentera mereka seperti yang dimahukan hanya dengan butang Cruise di steering kereta seperti gambar dibawah. Penulis telah mencuba sistem pemanduan Cruise ini pada tahap kelajuan 140km/j dan kemudian menurunkan had kelajuan kepada 110km/j hanya dengan melaraskan butang pada steering kereta.



Untuk makluman, Civic serba baharu ditawarkan dalam lima warna iaitu Merah (Dark Ruby Red Pearl), Kelabu (Modern Steel Metallic) dan Hitam Mutiara (Crystal Black Pearl, disamping dua warna baharu iaitu Perak (Lunar Silver Metallic) dan Putih Mutiara (White Orchid Pearl). Dua warna baharu pada Civic ini akan digunakan pada model-model lain keluaran Honda Malaysia.

Varian Civic 1.5L VTEC Turbocharged serba baharu dilengkapi sistem pemantauan pintar. Ia memberikan ketenangan minda untuk mengekalkan kecekapan dan prestasi enjin. Ciri ini berfungsi bagi mengingatkan pelanggan masa untuk menukar minyak enjin melalui satu lampu pada speedometer mengenai status servis tersebut. Para pelanggan boleh menikmati jaminan selama lima tahun dengan jarak perbatuan tanpa had dan selang servis 10,000km di 88 buah pengedar Honda di seluruh negara.

Sasaran jualan Civic serba baharu ialah 1,200 unit sebulan. Harga 3 variannya adalah seperti berikut:

RM113,800 untuk 1.8S (Di atas jalan termasuk insurans)
RM127,800 untuk 1.5 Turbocharged (Di atas jalan termasuk insurans)
RM135,800 untuk 1.5 Turbocharged Premium (Di atas jalan termasuk insurans)

Dengan pelancaran model yang signifikan ini, Civic telah masuk ke dalam satu era baru. Civic serba baharu akan mengubah cara pelanggan di Malaysia menikmati dan memandu sebuah kereta. Ia juga meningkatkan harapan pelanggan terhadap kenderaan dalam segmen C dan mengubah situasi ini sepenuhnya.

Maklumat lanjut mengenai Civic serba baharu, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana pengedar Honda; hubungi nombor Tol Percuma Honda di talian 1-800-88-2020 atau layari laman web  www.honda.com.my atau www.ridethedream.my untuk meneroka ciri-cirinya yang menarik.

HONDA CIVIC MEDIA TRIP

Penulis telah diberikan peluang oleh pihak Honda Malaysia untuk memandu uji Civic baru ini selama 2 hari bermula pada 9 November sehingga 10 November 2016.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh pihak Honda Malaysia yang diselitkan sepanjang 2 hari tersebut.

Pembaca boleh susuri gambar gambar sepanjang 2 hari media trip ini :

1. Makan tengahari di Mitsui Sepang sebelum bergerak ke Go Kart Sepang International



2. Aktiviti pemanduan Go Kart di Litar SIC. Jentera Go Kart yang menggunakan enjin Honda.











3. Perjalanan diteruskan menuju ke Amverton Cove Golf & Resort Pulau Indah Klang




4. Aktivti sukan lasak iaitu Paintball dan ATV di Amverton Cove Golf & Resort






5. Penutup Honda Media Trip selama 2 hari




Terima kasih kepada Honda Malaysia, Amverton Cove Golf & Island Resort Pulau Indah, Sepang International Circuit, MAEPS, MIECC, The Main Kitchen.

1 comment:

Powered by Blogger.