7 Sebab Mengapa Enjin Kereta Tidak Boleh Start

Enjin kereta tak boleh hidup ?

Rasanya hampir semua orang yang pandu kereta pernah menghadapi masalah ini kan? Awal pagi nak pergi kerja, bila masuk kereta, cuba start kereta, enjin pula tak mahu hidup. Puas tekan minyak dan pusing kunci, enjin masih juga tak mahu hidup. Dahlah lambat ke tempat kerja kereta pula tak mahu hidup.


Jom semak punca punca mengapa enjin kereta anda tidak boleh start :

1. Bateri Kereta Kong

Inilah punca no.1 kenapa enjin kereta tak dapat hidup. Buat macam mana pun kereta tak mahu juga hidup, lepas kena jumper baru hidup. Maksudnya bateri kereta anda dah kong. Bila bateri kereta kong, ianya tak dapat mengecas dan membekalkan kuasa elektrik kepada kereta untuk menghidupkan enjin.

Jika pakai bateri sel basah, selalulah cek air bateri sebelum memandu lihat paras aor bateri ok ke tak. Kalau pakai sel kering memang tak boleh cek jadi sentiada alert dengan tanda tanda bateri nak kong.

Kalau tak boleh jumper, pinjam bateri kereta jiran, masukkan ke kereta anda untuk hidupkan kereta sementara nak ke kedai bateri. Jika kereta dah boleh hidup, tanggalkan semula bateri kereta jiran tadi dan masukkan semula bateri kereta anda.

2. Kabel Bateri Kotor

Bila start enjin, langsung tak ada bunyi. Bunyi kosong bermaksud tiada bunyi crank.. crank.. atau bunyi klik pun tak ada. 

Ini adalah disebabkan kabel penyambung bateri dan kepala bateri kereta anda sudah berkarat dan kotor. Segala karat dan kekotoran ini akan menyebabkan kuasa dari bateri tak sampai pada kereta anda. Untuk atasi masalah ini, sila bersihkan kabel dan kepala bateri anda dari segala kekotoran.

3. Spark Plug Rosak

Bila nak start kereta ada bunyi crank..crank... Lampu semua menyala, tapi enjin tidak hidup. Ini bermaksud spark plug anda sudah rosak. Bila spark plug rosak, kereta tidak boleh ignite. 

Jangan panik, telefon mekanik dan minta mereka tukarkan spark plug baru. Kalau nak tahu, spark plug juga adalah antara punca kereta punya pick-up jatuh, terutamanya bila naik bukit. Kita tekan minyak macam mana pun, kereta tetap rasa perlahan dan berat. Itu petanda awal bagi kerosakan spark plug kereta anda. 

4. Starter Rosak

Starter berfungsi untuk menghidupkan kereta dan menggerakkan piston. Bila starter rosak, ia akan kehilangan tenaga untuk menggerakkan sistem pembakaran dalam enjin kereta. Akibatnya, pusing kunci macam mana pun, kereta takkan start kerana starter sudah rosak. Jadi kenalah ganti yang baru secepat mungkin.

5. Fuel Filter Tersumbat

Bila fuel filter tersumbat, minyak kereta tidak akan dapat masuk ke dalam enjin kereta. Bila minyak kereta tidak dapat masuk ke dalam enjin, sistem pembakaran dan pergerakan piston tidak akan terhasil. 

Ini masalah kecil sahaja, tapi masalah ini tetap akan membuat kereta anda tidak dapat dihidupkan. Jadi sila pastikan fuel filter anda selalu diperiksa waktu servis untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

6. Fuel Pum Rosak

Fuel pump berfungsi untuk mengepam minyak dari tangki minyak ke dalam enjin kereta. Bila minyak sudah berada di dalam enjin, barulah spark plug dapat membakar minyak tersebut bagi menggerakkan kereta. Bila pembakaran terjadi barulah kereta boleh bergerak. Sekiranya fuel pump rosak, minyak dari tangki tidak akan dapat dipam masuk ke dalam enjin. Bila tiada minyak, kereta anda tidak dapat dihidupkan.

7. Minyak Kereta Habis

Bagi punca ini merupakan kelalain kita sendiri kerana tidak alert dengan minyak kereta yang masih ada.

Kadang kadang sebab meter minyak rosak jadi susah nak pastikan berapa banyak lagi minyak yang ada dalam tangki minyak.


1 comment:

Powered by Blogger.