7 Komponen Aircond Kereta Yang Sering Rosak

Kali ini Motorsport Room ingin berkongsi tentang komponen-komponen aircond yang selalu mengalami kerosakan dan tanda-tanda biasa yang selalu dijumpai untuk kerosakan komponen aircond tersebut agar ianya dapat membantu anda dalam menangani kerosakan pada sistem aircond.



Komponen sering berlaku kerosakan :

1.Compressor

Tanda -tanda kerosakan pada kompressor adalah bila suhu dalam kereta jadi panas yang ketara dan berbunyi bising bila aircond dihidupkan. Bila terdapat tanda seperti ini periksa dgn merasa sekeliling kompressor, jika terdapat kotoran berkeladak hitam kompressor tersebut berkemungkinan telah rosak. Jika  suis aircond dihidupkan magnet clutch tidak melekat pada pulley dan berpusing kemungkinan besar gas aircond telah kurang dan suis rosak.

2. Cooling Coil

Jika aircond kurang sejuk dan terdapat kabus seperti asap putih tebal dalam kereta kemungkinan besar cooling coil anda rosak adalah tinggi. Kebocoran kecil dan besar pada cooling coil  boleh mengakibatkan suhu dalam kereta jadi panas. Bau gas aircond dalam kereta juga akan dapat dihidu jika terdapat kebocoran pada cooling coil. Kerosakan ini boleh dibaiki dengan menukar yang baru atau  melakukan servis pada cooling coil dan menampal kebocoran pada cooling coil tersebut.

3.Valve Aircond

Valve ini bertindak mengawal suis automatik pada keseluruhan sistem aircond menggunakan kesejukan suhu pada cooling coil. Untuk itu bila ianya rosak ,aircond kereta menjadi tidak menentu kadangkala panas dan kadangkala sejuk. Jika tanda seperti ini ketara, hantarkan kereta anda ke bengkel untuk servis aircond anda.

4. Aircond Fan

Kipas aircond adalah sebahagian komponen aircond yang tidak kurang pentingnya dalam sistem aircond kereta. Komponen ini jarang rosak tetapi jika rosak bukan sahaja aircond anda tidak sejuk sama sekali malah suhu enjin akan meningkat lebih dari biasa ( overheated ). Gantikan kipas aircond atau motor kipas  jika suhu enjin anda meningkat.

5. Condenser

Banyak kereta yang mengalami masalah kondenser tetapi banyak juga mekanik kereta tidak mengambil kira kerosakan pada kondenser. Walaupun ramai di antara pengguna kenderaan telah melakukan servis serta semua komponen telah disahkan berfungsi tetapi aircond masih tidak sejuk ini adalah petanda utama kerosakan pada kondenser. 

Kerosakan pada kondenser akan lebih senang diketahui jika enjin anda mengeluarkan bunyi lebih kasar dan sedikit bising apabila tekanan pada pedal minyak ditambah. Apabila memeriksa kondenser rasakan kedua hujung sambungan gas, pada atas dan bawah kereta, jika terlalu panas kondenser anda rosak sama sekali dan jika terdapat kebocoran keladak hitam akan terdapat pada kedua sambungan hose pada kondenser.

6. Suis Aircond

Suis aircond adalah butang didalam kereta i yang anda tekan dan satu lagi adalah relay yang biasanya  berada pada kotak hitam yang selalu dikedudukan dengan cooling coil. Jika kereta anda berbunyi dan tersentap sekali sekala jika aircond dipasang kemungkinan suis aircond tersebut rosak adalah tinggi. 

Ini hanya dapat dipastikan apabila semua komponen lain seperti kompressor dalam keadaan baik. Bunyi klik suis hanya sekali apabila anda pasang aircond adalah bunyi yang betul apabila suis aircond berfungsi dengan baik.

7.Gas Aircond

Jika suhu kesejukan terasa sedikit kurang dan tolok suhu dalam kereta terpaksa ditingkatkan kemungkinan besar gas aircond anda telah kurang adalah tinggi juga. 

Tambah gas aircond bila berkeadaan demikian. HARUS DIINGAT juga tolok suhu ini jangan di letak pada tahap maksima apabila keadaan aircond anda elok, ini boleh menyebabkan aircond valve anda cepat rosak.Tinggikan tahap tersebut sedikit demi sedikit apabila terasa kurang sejuk.

Keadaan belting aircond yang kendur juga menyumbang kepada penurunan sejuk pada aircond kenderaan anda. Periksa ketegangan belting pada kompressor dan ketatkan jika perlu. Belting aircond akan jadi lebih kendur jika terdapat kerosakan juga pada bering adjuster.

No comments:

Powered by Blogger.