6 Tips Keselamatan Jika Kenderaan Tiba-Tiba Berasap

Kereta tiba tiba berasap waktu sedang memandu ? Panik ? Tak tahu nak dilakukan ? Berseorangan ?

Ikuti beberapa langkah dibawah yang anda boleh lakukan apabila kereta anda mengalami masalah overheat atau enjin terlampau panas.

Letakkan segitiga kecemasan di belakang
kenderaan anda

Jika anda berada dalam keadaan trafik terhenti-henti atau sedang mendaki jalan berkecerunan tinggi pada hari panas dan penunjuk suhu enjin kereta anda naik atau lampu penunjuk kepincangan menyala, cara-cara berikut boleh menyejukkan semula kenderaan anda.

Janga panik. Lakukan perkara perkara di bawah.

1. Berhenti Di Tempat Yang Selamat

Jika anda mendapati suhu enjin pada paras bahaya ( pada penanda merah atau hampir ) :

●   Nyalakan Hazard Light
●Pandu kenderaan anda keluar dari lalulintas dan berhenti di tempat yang selamat dan teduh. 
●   Pasangkan brek tangan
● Tukarkan gear kereta pada kedudukan neutral.

2. Jangan Terus Matikan Enjin. 

Jangan segera mematikan enjin kereta anda, sebaliknya, matikan pendingin hawa, buka semua tingkap, suis kipas pada kelajuan yang paling tinggi. 

●   Buka bonet enjin dan lihat sama ada tali kipas tidak putus atau berkeadaan longgar. ● Lihat sama ada kipas penyejuk enjin masih berfungsi atau tidak. 
●   Lihat sama ada berlaku kebocoran pada saluran getah penyambung dan komponen radiator. 
●Jangan sentuh kipas yang sedang berpusing atau alat-alat lain yang bergerak.

3. Tingkatkan Penyejukan.  

Jika tiada kebocoran pada hos atau tiada masalah kipas, tekan sedikit injak pemecut untuk meningkatkan putaran enjin dalam keadaan bonet terbuka. Ini akan meningkat aliran penyejuk dalam radiator dan aliran udara pada sirip penukar haba radiator. Ini mempercepat dan membantu penyejukan enjin.

4. Jika Enjin Tidak Menyejuk Atau Ada Kebocoran. 

Matikan enjin jika mendapati penyambung ( hos ) atau komponen radiator bocor.  Matikan juga enjin jika anda dapati enjin tidak menyejuk setelah langkah 2 dan 3 dilakukan.

5. Tunggu Enjin Sejuk Dan Isi Air Semula Pada Radiator.

Tunggu sehingga enjin menjadi sejuk. Biasanya ia mengambil masa 30 minit untuk enjin cukup sejuk dan selamat dikendalikan. 

Buka penutup radiator untuk memeriksa aras air. Jika kurang atau kering, isikan air dan cecair penyejuk ( coolant jika ada ) ke dalam radiator dan tangki simpanan. Hidupkan semula enjin. 

6. Dapatkan Bantuan Mekanik.  

Anda boleh memilih sama ada untuk terus memandu ke bengkel terdekat atau anda boleh mendapatkan bantuan penunda. Hubungi PLUS atau pihak insurans kenderaan ( Smart Assist ).

Tips 1 : Sebelum memulakan pemanduan sila lakukan pemeriksaan air , minyak hitam, cecair penyejuk, kipas berpusing ke tak , dan air bateri.

Tips 2 : Jika kipas didapati tidak berputar, sila ketuk sedikit kipas tersebut lihat samada masih boleh berputar atau tidak. Jika berputar bermaksud motor kipas anda mengalami masalah.


1 comment:

  1. okay tak pernah ada pengalaman macam ni. tapi kena take note gak la untuk kemudahan masa hadapan

    ReplyDelete

Powered by Blogger.